Kerja sambilan menjual barang di laman web Shopee

Rasa macam lama sungguh saya tak tulis sebarang perkongsian dalam blog ini. Kali ini, saya nak kongsikan satu lagi bentuk kerja sambilan yang anda boleh lakukan hanya dari rumah.

 

Saya agak berbelah bahagi nak tulis tentang topik ini. Pertamanya, saya rasa kurang pasti sama ada nak gunakan perkataan kerja sambilan ataupun bisnes sambilan.

 

Saya rasa benda ini tak lebih macam satu jenis kerja. Kita kan bekerja untuk diri sendiri.

 

Tetapi pada sisi yang lain, saya juga merasakan kerja-kerja ini lebih mirip kepada menjalankan perniagaan secara sambilan.

 

Kemudian saya sedar satu perkara, tak kiralah sama ada ia satu pekerjaan atau satu perniagaan, bukankah niat kita  tetap satu, iaitu kita mahu mencari pendapatan tambahan, yang mana satu hari nanti pendapatan itu mungkin akan dapat kita jadikan sebagai pendapatan tetap.

buat-duit-dengan-shopee

Kerja post iklan produk di laman web Shopee

Kalau anda minat nak buat duit melalui cara ini, apa yang perlu anda lakukan hanyalah post iklan produk ke laman web Shopee.

 

Kerja ini tidak begitu susah. Cuba anda kenalpasti, apa produk yang anda ingin iklankan menggunakan platform shopee.

 

Sekiranya anda tak pasti, dimana anda nak cari pembekal yang boleh bekalkan produk untuk anda niagakan melalui shopee, cuba baca artikel ini untuk dapatkan idea.

Baca disini: Cara dapatkan pembekal untuk berniaga di laman web Shopee

 

Anda buat iklan di laman web shopee.

Apabila ada tempahan, pihak shopee akan maklumkan kepada anda.

Untuk tindakan selanjutnya, anda perlu uruskan tempahan tersebut.

 

Pastikan barang yang ditempah oleh pelanggan di shopee itu sama dengan apa yang mereka mahukan.

 

Awas! Kena ada modal dalam tangan

Kerja ini tidak seperti kerja-kerja sampingan lain yang saya pernah ceritakan dalam blog ini sebelum ini.

 

Kalau nak buat kerja ini, anda kena siap sedia dengan sejumlah wang sebagai modal. Ini sebabnya.

 

Apabila ada pelanggan yang berminat nak beli produk yang anda iklankan di Shopee, pelanggan ini tadi akan terus buat pembayaran ke akaun Shopee.

 

Duit tu Shopee akan pegang dulu.

 

Seterusnya shopee akan beritahu anda yang anda dapat tempahan. Untuk uruskan tempahan ini, anda perlu dahulukan duit anda untuk beli barang yang dimahukan oleh pelanggan dari supplier anda.

 

Hanya apabila pelanggan itu tadi terima produk, barulah Shopee akan serahkan duit yang dibayar oleh pembeli ke akaun milik anda.

 

Dekat sini, anda perlu tahu macam mana nak letakkan harga supaya ada untung.

 

Misalnya, harga yang anda paparkan di laman web Shopee ialah RM49.

Anda beli produk tersebut dari supplier dengan harga RM37.

Dekat sini anda akan dapat untung sebanyak RM12.

 

RM12 ini mungkin bukannya untung bersih. Mungkin ada kos-kos lain yang perlu ditolak. Tak ada masalah. Cuma anda kenalah pastikan, setelah ditolak kos-kos lain, anda masih ada untung.

 

Untung inilah yang kita namakan sebagai untung bersih. Manalah tahu, dengan duit untung ini nanti, bila dikumpul-kumpul, boleh bawa anda pergi bercuti ke Phuket!

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s