Rose Face Serum Zeeta – Macam mana nak buat duit dengan produk ni?

Rose Face Serum Zeeta.

rose-face-serum-zeeta-menyelesaikan-masalah-jerawat

Bagi yang pertama kali mendengar nama Rose Face Serum Zeeta, kat atas ni ialah gambar produk tersebut.

 

Serum ini dihasilkan daripada bunga mawar yang memang telah terbukti mengandungi macam-macam khasiat yang baik untuk kita. Dalam posting yang lepas, saya telah pun ceritakan tentang peluang untuk buat duit dengan menjadi ejen bagi produk ini.

 

Baca dulu >> Kerja sambilan menjadi ejen Rose Face Serum Zeeta

 

Melalui cara yang saya kongsikan dalam artikel tu, kita akan jadi ejen yang berdaftar dengan syarikat.

 

Lagi satu, kita kena keluar modal sebanyak RM350. Memang sesuai untuk mereka yang ada duit, dan pada masa yang sama, memang nak jadi pengguna produk ni.

 

So at least kalau tak berjaya jual produk ni, masih lagi untung sebab akan pakai sendiri. Dapat pulak dengan harga yang cukup rendah kan.

 

Macam mana nak buat duit kalau tak ada modal nak bayar yuran ahli?

Bila kena bayar ni… memang akan melemahkan sesetengah orang.

 

Saya tak kata pasal sesiapa. Saya cakap pasal diri saya. Saya pun agak lemah kalau nak kena keluar duit untuk modal ni.

 

Maklumlah, sekarang ni kalau nak buat duit, walaupun untuk berniaga, kita masih ada cara untuk berniaga tanpa perlu keluar sebarang duit untuk buat modal.

 

Orang kata, yang free pun masih tak habis guna, tak kan nak terus terjun yang kena bayar? 

 

Jadi, kat sini, saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian, macam mana nak buat duit dengan mempromosikan produk Rose Face Serum Zeeta ini tanpa perlu keluar duit langsung.

 

Daftar sebagai ejen pun PERCUMA sahaja!

 

Cara pertama – Sertai program affiliate Lazada

Untuk sertai program affiliate Lazada, ianya adalah PERCUMA.

 

Bagi yang masih belum tahu, sebenarnya di laman web Lazada juga ada jual produk Rose Face Serum ni.

rose-serum-dari-lazada

Memandangkan kita akan jadi ejen affiliate, maka dari segi komisyen ianya mungkin tidaklah begitu tinggi berbanding kita jadi ejen terus dengan syarikat Zeeta.

 

Di laman web Lazada, produk ini dijual dengan harga RM59.50

 

Memandangkan produk ini dalam kategori Health & Beauty, maka komisen yang kita bakal terima adalah 9%.

 

Ini bermakna, sekiranya kita berjaya hasilkan jualan, kita akan dapat komisen sebanyak RM5.35 untuk setiap botol yang terjual.

 

Ok la tu kan. Kerjanya pun tidaklah begitu susah. Cuma perlu share link affiliate Lazada sahaja.

 

Sekiranya anda ingin dapatkan produk ni, boleh buat tempahan disini.

 

Cara kedua – Sertai program affiliate Involve Asia 

program-affiliate-involve-asia

Sebagai alternatif bagi program affiliate Lazada, anda juga boleh join program affiliate Involve Asia ini. Klik sini untuk daftar.

 

Kalau join menerusi Involve Asia ini, ada banyak lagi produk, dan laman web yang boleh kita promosikan.

 

Cara ketiga – Jadi ejen di Denai Sell 

rose-face-serum-zeeta-di-denaisell

Dekat website denai sell ni pun ada jual jugak produk ni.

 

Saya pun dah daftar, dan ada request untuk jadi partner, cuma sayangnya permohonan saya tu masih belum disahkan.

 

Dari segi komisen dan lain-lain saya tak berapa tau sangat. Tapi saya masukkan juga disini untuk maklumkan yang anda juga boleh jadi ejen menerusi web ini. (walaupun sebenarnya saya juga tak berapa pasti sama ada admin masih terima ejen baru atau tidak)

 

Baiklah. Itu dia tiga cara macam mana nak buat duit dengan produk Rose Face Serum Zeeta ni. Campur dengan cara yang saya dah kongsikan sebelum ni, maknanya ada 4 cara semua sekali.

 

Sebelum berpisah, jemput baca juga >> Rose Face Serum Zeeta – Kat mana nak dapatkan produk ni?

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s