Peluang jana pendapatan tambahan dari rumah apabila bekerja dengan Maukerja.my

Lazimnya, kerja sambilan dari rumah ni cukup sinonim dengan orang perempuan.

 

Kenapa agaknya ya?

 

Kononnya, orang perempuan ni lebih banyak habiskan masanya dirumah sahaja. Orang perempuan ni la yang akan jadi suri rumah, jadi tukang masak, tukang jaga anak dan jaga rumah.

 

Betul ke begitu? Hmm… Mungkin ada betulnya. Tapi, ia tidaklah seratus peratus tepat.

 

Lagipun zaman sekarang ni dah berubah. Pada zaman ini, lelaki ke, perempuan ke, semuanya lebih kurang sama. Masing-masing perlu keluar bekerja.

 

Bagi yang tinggal di kawasan bandar tu, boleh dikatakan pendapatan sebanyak RM4,000 masih belum betul-betul cukup untuk hidup selesa. Kalau dah berkeluarga, RM4,000 tu memang tak cukup.

 

Cubalah bayangkan, kalau sewa rumah dah RM1,100. Ansuran kereta RM600. Hutang keliling pinggang tu siapa yang nak tolong bayarkan?

 

Kalau ada anak, siapa yang nak belikan pampers dan susu? Ah… banyak lagilah. Kalau nak dihitung satu per satu, memang tak akan habis.

 

Memandangkan mereka yang hanya bergantung harap kepada kerja hakiki sebagai sumber pendapatan pun belum tentu boleh hidup selesa, maka disitu ada keperluan untuk lakukan kerja sambilan dari rumah.

 

Cuma kerja sambilan dari rumah ni, kalau boleh tak perlulah buat kerja yang susah-susah sangat.

 

Carilah kerja yang boleh dilakukan dalam sejam ke dua jam sahaja. Kesian. Waktu siang dah la perlu ke pejabat untuk cari rezeki, bila dah balik rumah, tak akan nak kena habiskan masa dengan buat kerja sahaja, kan?

 

Pada pendapat saya, antara buat kerja dari rumah, dengan kena keluar rumah untuk buat kerja part time, saya lebih cenderung untuk syorkan anda buat kerja dari rumah sahaja.

 

Itupun kalau anda pandai pilih.

 

Menerusi blog ini, saya akan kongsikan beberapa cadangan kerja. Macam sebelum ini, saya ada syorkan untuk buat kerja dengan sistem Jualan PRO. Menerusi sistem Jualan PRO ni memang boleh buat duit tambahan.

 

Namun, buat sesetengah orang, dia mungkin tak berapa setuju dan rasa tak minat nak buat kerja-kerja seumpama itu.

 

Tak ada masalah.

 

Sebabnya, dalam post ini, saya nak perkenalkan peluang kerja lain pulak, iaitu bekerja secara sambilan untuk memperkenal dan mempromosikan laman web Maukerja.My

cari-kerja-kosong-online

Ok, anda boleh klik sini untuk ke laman web utama maukerja.my ini

 

Apa yang ditawarkan oleh laman web Maukerja.MY ni? 

Untuk pengetahuan anda, laman web ini akan menyenaraikan kerja kosong terkini dari pelbagai syarikat sama ada yang berada di Malaysia ataupun yang berada di Singapura. Justeru, jika anda ada merancang untuk bekerja di Singapura, juga boleh cari kerja kosong menerusi laman web Maukerja.my ini.

 

Macam mana cara nak kerja dengan Maukerja.MY ini? 

Kerjanya mudah sahaja. Mula-mula sekali, pastikan anda telah mendaftar sebagai salah seorang ejen di laman web adhance.my

 

Selepas anda mendaftar dengan adhance, langkah seterusnya adalah anda pilih mana-mana iklan kerja kosong yang anda rasakan menarik untuk dikongsikan dengan rakan-rakan anda.

 

Sebagai contoh, anda ingin hebahkan tentang iklan kerja kosong di Singapura sebagai cleaner.

kerja-di-singapura

Anda pun ambil link iklan tersebut dari laman web maukerja.my

 

Contohnya, link tersebut adalah seperti ini –> https://www.maukerja.my/job/406901-male-cleaner/

 

Setelah anda mendaftar dengan adhance, anda akan mendapat User ID khas yang anda boleh gunakan sebagai tracker dalam mempromosikan peluang kerja tersebut. Dengan memasukkan User ID anda, link anda akan jadi seperti dibawah ini.

https://www.maukerja.my/job/406901-male-cleaner/?ref=USERIDANDA

 

Justeru, apabila ada orang yang buat pendaftaran atau buat permohonan kerja menerusi link anda, maka anda akan menerima bayaran upah.

 

Upahnya adalah dalam lingkungan 30sen – 75sen bagi setiap orang yang mendaftar.

 

Ya, memang nampak kecil. Namun, jika ada raaaaaaamai yang mendaftar, amaun yang kelihatan kecil ini pasti akan nampak besar.

 

Baiklah. Itu sahaja yang saya nak kongsikan pada kesempatan kali ini.

 

Ringkasnya, jika anda ingin kerja dengan Maukerja.MY ni sebagai ejen yang mempromosikan peluang pekerjaan, maka ini yang perlu anda lakukan.

  1. Daftar dulu untuk dapatkan akaun di laman web Adhance
  2. Setelah pendaftaran anda diterima, anda boleh pilih kerja kosong apa yang nak dipromosikan
  3. Apabila ada yang daftar, maka anda akan terima komisen.

 

Senang, bukan?

 

Ada sebarang soalan atau masih kurang jelas? Boleh tanyakan dibahagian komen dan In Shaa Allah saya akan cuba jawab.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s