Kerja sambilan dari rumah dengan berniaga di laman web Mudah.my

Masa tengah mandi, tiba-tiba datang satu idea.

 

Benda ni memang dah agak lama saya dah fikir nak buat, cuma sampai sekarang ni saya masih tak buat-buat lagi. Setiap kali nak buat, mesti ada-ada je alasan untuk tak buat benda ni.

 

Apa benda yang saya maksudkan ni sebenarnya?

 

Berniaga di laman web mudah.my.

berniaga-sambilan-di-laman-web-mudah

Platform mudah.my memberikan peluang kepada orang biasa macam kita untuk menghantar iklan produk yang kita nak jual.

 

Tiada sebarang kos yang dikenakan untuk kita menghantar iklan di platform jualan yang popular ini.

 

Walaupun begitu, jika kita mahukan iklan kita tu mendapat tempat yang baik di laman web mudah.my dan mendapat perhatian pengunjung yang melayari laman web mudah.my maka kita boleh bayar sejumlah wang kepada pihak pengurusan mudah.

 

Bayaran ini adalah bagi tujuan iklan kita mendapat tempat yang baik apabila dipaparkan dihadapan bakal pengguna.

 

Memang ada cara macam mana nak berjaya buat duit di laman web mudah.my. Saya pernah cerita dalam post membongkar rahsia kejayaan usahawan mudah.my

 

Pada asasnya, ada 4 komponen yang perlu anda ketahui, yang mana ianya akan mempengaruhi kejayaan anda dalam beriklan di laman web mudah ini.

 

Pertama, kena pastikan kita post iklan dalam jumlah yang banyak. Lagi banyak iklan yang kita siarkan di laman web mudah.my tu, In Shaa Allah lagi tinggi peluang kita untuk dapat pelanggan.

 

Kedua, pastikan ayat iklan kita tu tidak terlalu ringkas. Kalau boleh part copywriting ini, kena berikan perhatian yang lebih. Dengan penulisan ayat iklan yang baik, orang yang minat dengan produk kita tu nanti pun akan jadi lebih yakin dan berurus niaga dengan kita.

 

Ketiga, gambar produk. Gunakan real picture produk tu.

 

Keempat, gunakan akaun PRO Niaga. Nampak lebih pro dan lebih menyakinkan.

 

Kalau ada yang minat nak baca panduan tentang mudah.my ni, boleh baca salah satu atau kedua-dua panduan kat bawah ni

1. Panduan Bisnes Mudah.MY – Tidak Perlukan Premis, Tidak Perlukan Modal Besar. Sememangnya Mudah [klik sini untuk info lanjut]

2. Buat Duit Dengan Mudah.MY – Panduan Menjana Pendapatan Dengan Mudah.MY [klik sini untuk info buku]

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s